27 November 2013 - 14:39
Bapa syuhada Bahrain disoal siasat

Laman sesawang Jam'iyya Wefaq dalam kenyataannya menegaskan bapa syuhada ini ditangkap kerana terlibat dalam demonstrasi aman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bapa kepada as-Syahid Mahmud Abutaki dipanggil ke sebuahibupejabat polis untuk disoal siasat.

Laman sesawang Jam'iyyat Wefat Bahrain menegaskan bapa kepada salah seorang syuhada ini ditangkap atas kesalahan menyertai perhimpunan aman.

Berasaskan beberapa laporan, pihak berkuasa sudah menyoal siasat waris-waris syuhada revolusi Bahrain beberapa hari lalu.


Sebelum ini pasukan keselamatan rejim Al Khalifah bertindak menyerbu rumah ayah kepada as-Syahid Ali Al-Mushaima di wilayah al-Diya, dan menangkapnya.

As-Syahid Abdul Hadi Ali Al-Mushaima syuhada pertama revolusi Bahrain apabila terkorban setelah peluru yang dilepaskan ejen rejim mengenainya pada 14 Februari 2014.

Selain beliau bapa kepada as-Syahid Ali Al-Syeikh dan as-Syahid Sayid Hashim juga ditangkap oleh ejen rejim.