27 November 2013 - 20:30
Israel ajak Arab bersatu untuk perangi Iran dan Syiah

Paksi ekstremis berkembang luas dari Tehran hingga ke Damsyik, Beirut dan Gaza. Saya kira bukan kami sahaja yang bimbang, khususnya dalam perkara ini. Oleh itu kita mempunyai persamaan dan kebimbangan strategik dengan negara-negara ini sehingga menyebabkan hubungannya dengan kita perlu ditingkatkan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Duta Israel di London memaklumkan kesediaan Tel Aviv untuk mewujudkan perpaduan dengan negara-negara Arab teluk Parsi bagi memerangi Iran.Daniel Taub dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini menjelaskan pihak Tel Aviv bersedia menerima interaksi dan perpaduan dengan negara-negara musuh lamanya di Timur Tengah untuk menghadapi kesatuan Syiah yang dikelola oleh Iran dan cita-cita nuklearnya.Dalam wawancara bersama surat khabar Independent, Daniel Taub mendakwa, "Kesepakatan terbaru Iran dengan enam negara besar di Geneva bagi mengekang ancaman Iran atau memperlambatkan kemajuan-kemajuannya bagi meraih senjata atom kurang berkesan dan ia juga berkemungkinan membawa kepada bersatunya golongan pelampau."Menurut laporan tersebut Daniel Taub menganggap kerjasama rejim Zionis dengan beberapa negara Arab rantau tersebut seperti negara-negara teluk Parsi yang diketuai Arab Saudi tidaklah mustahil.Tambah laporan itu, Duta Israel di London membicarakan topik ini secara khusus bahawa paksi ekstremis dari Tehran akan meluas hingga ke Damsyik, Beirut dan Gaza."Saya kira bukan kami sahaja yang bimbang, khususnya dalam perkara ini. Oleh itu kita mempunyai persamaan dan kebimbangan strategik dengan negara-negara ini sehingga menyebabkan hubungannya dengan kita perlu ditingkatkan." Kata Daniel.Mengenai perpaduan dengan Arab dalam keadaan konflik penjajahan Israel di bumi Palestin yang sudah terlalu lama berlaku, Daniel menjelaskan, "Transformasi serantau menyebabkan beberapa pihak telah mengambil keputusan tertentu, sebahagian pihak yang mempunyai pandangan tertentu di negara sendiri boleh berkongsi dengan Israel dalam masalah yang dihadapi bersama."