Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban dalam gelombang keganasan terbaru yang melibatkan serangan senjata api dan pengeboman di seluruh Iraq.Enam orang terkorban pada hari Khamis apabila beberapa buah kereta yang dipasang bom meledak di kota Babil.Serangan bom kereta juga terjadi berdekatan dengan pusat pemeriksaan polis, kota Samarra, daerah Salehudin. 3 pegawai polis terbunuh dan dua cedera dalam serangan tersebut.Serangan yang sama juga terjadi di daerah Salehudin sehingga menyebabkan 6 orang terbunuh manakala 15 orang yang lain cedera.Selain itu, 6 orang dilaporkan terbunuh di mana 2 daripadanya ialah orang awam apabila ditembak pengganas dengan senjata api di Salehudin.Di Baghdad pula enam orang terbunuh dalam siri serangan bom kereta.Dalam kejadian berasingan, empat orang dilaporkan terbunuh di Utara Mosul dalam serangan melibatkan senjata api.Sepanjang bulan November ini, lebih dari 600 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan membabitkan kumpulan pengganas.Hingga kini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab dalam pembunuhan-pembunuhan tersebut. Namun kumpulan pengganas al-Qaeda dikatakan selalu melakukan operasi terrorisme di seluruh Iraq.Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki memberi amaran bahawa negaranya sedang menghadapi perang penghapusan etnik.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Iraq pada 1 November lalu, 964 orang terbunuh dan 1600 cedera dalam bulan Oktober.
28 November 2013 - 20:30
News ID: 484336