Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Perwakilan Terengganu, Azizul Jasmi Mohammad mendesak definisi Islam dalam perlembagaan ditafsirkan sebagai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah demi menarik sokongan bangsa Melayu kepada parti UMNO."Terengganu mahu mengusulkan kita tafsir kembali, definisikan kembali perkataan Islam dalam perlembagaan dan pohon Islam ditafsir ikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah."Fahaman Syiah amat bahaya kepada golongan Muslim negara ini, oleh itu kita mesti mendefinasikan Islam dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jammah agar mereka yang beriman tahu perkara ini haram," kata beliau dalam membahaskan ucapan dasar ketua pemuda Umno hari ini.Menurut beliau definisi Islam dalam perlembagaan persekutuan terlalu longgar sehingga pengikut mazab Syiah masih dianggap sebagai Islam di Malaysia.Beliau turut mempelawa PAS dan PKR menyokong pindaan tersebut kerana rombakan definisi tersebut memerlukan suara majoriti dua pertiga dalam parlimen.
4 Disember 2013 - 20:30
News ID: 486281
Perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda Umno Terengganu ingin kukuhkan sokongan Melayu dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan.