Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Jawad Al-Amuli dalam kuliah tafsir ayat 39 hingga 42, surah al-Fatir berkata, "Intisari umum surah Fatir ialah tauhid, kenabian, hari kiamat, akhlak secara umum, fikah dan undang-undang."
Beliau menambah, "Ayat-ayat Ilahi ialah cahaya. Tidak ada sesiapapun yang akan terjebak dengan kegelapan, namun hati manusia yang gelap memberikan reaksi kekufuran dan beraneka masalah dalam menghadapi cahaya ini sehingga menyebabkan penderitaannya bertambah runcing."
Marja' Taqlid Syiah ini menambah, "Inilah yang telah diterangkan Allah dalam surah Isra:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ الظَّالِمِینَ إِلَّا خَسَارًا؛
Dan Kami turunkan dari Al-Quran Aya-ayat Suci apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua."
Ayatullah Jawad Amuli menambah, "Noktah penting di sini ialah ayat al-Qur'an sendiri menjadi tema penawar bagi orang beriman yang mana ia tidak akan menimbulkan kerugian. Ciri-ciri ini menjadi faktor bertambahnya kerugian dan kemaksiatan kaum kuffar dan musyrikin."
Beliau berkata, "Zat suci Allah dalam ayat 41 menunjukkan dalil yang lain, dan Allah berfirman bahawa setiap sesuatu memerlukan Allah samada dalam diam, bergerak dan memproses."