Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Undang-undang Syria menolak laporan tidak berasas yang menyebut kerajaannya melakukan penyeksaan terhadap sejumlah orang awam baru-baru ini.Kementerian tersebut dalam kenyataan pada hari Selasa lalu menegaskan dakwaan itu hanyalah bersifat politik dan tidak professional. "Dakwaan itu hanyalah mengumpulkan gambar-gambar orang yang tidak dikenali dan ianya membuktikan bahawa sebilangan daripada mereka adalah pengganas berwarganegara asing yang terbunuh ketika menyerang pos pemeriksaan askar dan institusi awam. Sementara itu beberapa orang daripada mereka merupakan beberapa orang awam dan anggota tentera yang diseksa kumpulan pengganas kerana menyokong kerajaan."Pemalsuan itu juga hanya berasaskan gambar-gambar yang dibekalkan kepada media oleh individu yang melarikan diri dari Syria, kemudiannya mengaku sebagai jurugambar di sektor awam.Kontroversi itu dilaporkan sengaja dicetuskan sebagai percubaan pihak tertentu menggagalkan sidang Geneva II.








