Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pemuda Bahrain terbunuh setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis Bahrain dalam satu demonstrasi.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan parti pembangkang terbesar Bahrain, al-Wefaq melalui Twitter pada hari Ahad, Fadhil Abbas Muslim berusia 19 tahun terbunuh setelah cedera parah terkena peluru hidup.Selain itu, keluarga Abbas Muslim dilarang menziarahinya di hospital.Pada 24 Januari lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan anti rejim mengadakan demonstrasi di Timur Laut perkampungan Sitra.
Para peserta demonstrasi menuntut kerajaan Bahrain berhenti melakukan penindasan penduduk Syiah dan penafian hak asasi mereka. Mereka juga membidas tindakan rejim al-Khalifah yang membubarkan beberapa tunjuk perasaan aman bagi menuntut pembebasan tahanan politik.
Sejak Februari 2011, beribu-ribu warga Bahrain yang pro demokrasi menuntut reformasi dalam pemerintahan kerabat diraja Bahrain.
Pada 14 Mac 2011, askar Arab Saudi dan UAE telah dikerahkan ke Bahrain untuk membubarkan tunjuk perasaan yang meluas di negara teluk itu.
Menurut sumber tempatan, ramai penduduk terbunuh dan ditangkap sepanjang tunjuk perasaan sepanjang tempoh tersebut.
Badan hak asasi manusia antarabangsa juga beberapa kali membidas rejim Manama yang meningkatkan serangan terhadap penunjuk perasaan.
Selain itu ramai doktor dan jururawat yang turut ditangkap, diseksa atau hilang kerana memiliki bukti kekejaman pihak berkuasa.
Dengan kematian Abbas Muslim, jumlah korban dalam menuntut keadilan demokrasi telah meningkat seramai 118 orang.









................./ 218