9 Februari 2014 - 06:03
John Kerry perlu tahu kegagahan Iran

Marja' Taqlid Syiah, Ayatullah Jawad Amuli berkata, "John Kerry dan orang sepertinya perlu tahu bahawa kami mempunyai kepala dan tengkuk yang lebih tinggi daripada mereka, ini disebabkan kami berjaya membuktikan kegagahan dan kemulian kami dalam pelbagai sambutan."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Jawad Amuli dalam ceramah tafsirnya di Masjid A'zam, Qom hari ini menyentuh tentang perarakan besar ulangtahun kemenangan Revolusi Islam Iran (22 Bahman) pada hari Selasa ini dengan berkata, "Kehadiran dalam perarakan Yaumullah 22 Bahman merupakan sebuah kemestian revolusi. Ianya tidak boleh dianggap sebagai hari biasa."

Setelah itu beliau mengulas tentang Barat dan rundingan nuklear 5+1, beliau berkata, "Mereka mempunyai rekod yang terlalu gelap bagi mempertikaikan kegemilangan dan kemuliaan Iran.

"Dengan rekod sedemikian rupa, bagaimana mereka ingin berkata bahawa 'kita tidak percaya kepada Iran'?

"Para pemimpin gereja mereka membakar Galileo atas alasan dia mendakwa bahawa bumi itu bulat; mereka mencetuskan perang dunia pertama dan kedua, dan memiliki sejarah hitam sedangkan mereka tidak melihat kita kecuali kegemilangan, kemuliaan dan kebebasan," jelas beliau.

Guru hawzah ilmiyah Qom yang terkemuka ini mengkritik ucapan pemimpin Barat baru-baru ini yang menyatakan bahawa mereka tidak menaruh kepercayaan kepada Iran. Kata beliau, "Siapakah yang mencetuskan perang dunia sehingga menyebabkan kematian 80 juta jiwa? Siapa yang mendorong perang lapan tahun ke atas kami termasuk perang dua tahun di dalam negara?

Ayatullah Jawad Amuli yang terkenal sebagai ulama tafsir ini turut menceritakan tentang ketabahan warga Iran selama dipimpin Ayatullah Khomeini, beliau menyatakan, "Setelah resolusi ditandatangani, Imam, para pegawai dan rakyat menerimanya, operasi Mirsad pun dilancarkan.

"Dalam peperangan ini, Iran tidak mempunyai sekecil-kecil tempat (berlindung), dan ini menunjukkan keulungan dan kemulian kita.

"John Kerry dan orang sepertinya perlu tahu bahawa kami mempunyai kepala dan tengkuk (kehebatan) yang lebih tinggi daripada mereka, ini disebabkan kami berjaya membuktikan kegagahan dan kemulian kami dalam pelbagai sambutan.

"Barat memperalatkan perkataan hak asasi manusia dan demokrasi. Tangan mereka berada pada pemicu atom ketika berbicara tentang demokrasi, sekiranya perang dunia ketiga meletus, tidak ada lagi yang hidup di atas muka bumi," jelas beliau.

Marja' Taqlid ini menerangkan larangan senjata nuklear menurut hukum Islam dan menegaskan, "Masalah ini hendaklah diserahkan kepada para pegawai dalam rundingan untuk menghadapi pihak lawan. Sekiranya mereka mengerti pasti mereka faham bahawa Iran merupakan tempat yang gagah dan mulia."

Diakhir ceramah, beliau menceritakan tentang penyertaan orang ramai dalam perarakan Yaumullah 22 Bahman, "Semua orang Iran perlu menyertai perarakan yang penuh kegemilangan dan besar tersebut sambil melaungkan slogan perpaduan."