Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan hak asasi manusia menyatakan kebimbangan mereka tentang pembunuhan umat Islam di Afrika Tengah yang semakin berleluasa.Amnesty International dalam laporannya menyebut, kumpulan militan Kristian yang menggelarkan diri mereka sebagai Anti Balaka telah berikrar menjalankan operasi pembunuhan etnik muslim.Di Utara ibukota Bangui, setiap hari mayat kaum muslimin yang dibunuh militan Anti Balaka dari jalan-jalan dikumpulkan.Kelmarin sahaja 10 orang menjadi korban ditangan militan tersebut sedangkan tentera kerajaan tidak tampil mengembalikan keamanan.Sambil mengkritik masyarakat antarabangsa yang masih berdiam diri, Amnety Internatinal menyebut, tentera antabangsa yang hadir di kawasan tersebut tidak mampu menyekat pembunuhan etnik tersebut.Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki Moon memberikan reaksi keras dan berkata, "Keganasan dan pertumpahan darah kaum di Afrika Tengah menambahkan kebimbangan. Beliau turut meminta kedua-dua pihak yang bertelagah agar menghentikan keganasan dan menjaga masyarakat awam.Meskipun ribuan tentera Perancis yang ditugaskan menjaga keamanan negara ini, kira-kira 4 juta umat Islam di negara tersebut terpaksa menjadi pelarian dan berlindung di masjid Bangui. Para pelarian mendakwa tentera Perancis hanya menyaksikan insiden tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan sewajarnya.
















...................پایان پیام/ 218