Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam pertemuan bersama menteri pelajaran, Ayatullah al-Uzma Wahid Khurasani menerangkan bahawa pengajaran dan pendidikan amat berkait rapat dengan dimensi kemanusiaan.
Mengenai peranan para guru dalam membentuk peribadi masyarakat melalui pendidikan, beliau berkata, "Para pegawai juga hendaklah mengambil kira aspek ketuhanan."
Beliau turut menasihatkan pembacaan al-Qur'an dilakukan pada setiap hari dan berkata, "Perbuatan ini pasti mendapat perhatian Imam Zaman (a.j.f) dan orang itu akan dibantu dengan cara melaksanakan tanggung jawab ini."
Menteri pelajaran, Farji Dana dalam pertemuan ini turut menyampaikan laporan kegiatan pihaknya sejak beberapa bulan lalu dan beliau menganggap marja' taqlid ini amat membantu dalam membimbing pihaknya melaksanakan tugas. Beliau turut meminta Ayatullah Khurasani berdoa agar pihaknya berjaya dalam setiap urusan.