Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami di awal khutbah Jumaat semalam menyentuh tentang tahun jihad ekonomi dan berkata, "Pemimpin Tertinggi (Ayatullah Khamenei) dalam ucapannya menegaskan bahawa kebudayaan juga lebih penting dari ekonomi, realitinya kebudayaan inilah yang melakar ekonomi dan politik".
Beliau menerangkan maksud kebudayaan yang diutarakan dalam pertemuan Ayatullah Khamenei dengan anggota parlimen baru-baru ini dengan menyatakan, "Maksud beliau tentang kebudayaan revolusi, agama dan mewujudkan gerakan kebudayaan berasaskan sumber-sumber serta nilai-nilai agama, kekuatan iman dan akhlak dalam masyarakat".
Khatib solat Jumaat ini menambah, "Saya telah menjadi pelajar agama selama 42 tahun serta berkecimpungan dalam perkara ini, berasaskan makna ini (kebudayaan), saya berterus terang bahawa majlis dosa adalah perbuatan yang bertentangan dengan kebudayaan. Majlis dosa ini diletak atas nama konsert dan muzik atau apa saja judul yang lain. Iaitu apabila remaja lelaki dan perempuan berhimpun, wang Baitul Mal digunakan, remaja perempuan membesar dan berdandan dengan pemakaian tudung yang tidak baik, begitu juga remaja lelaki. Apabila kita menggunakan wang Baitul Mal untuk lalai tentang Allah, maka ini bertentangan dengan kebudayaan".
"Pakaian yang kita pakai adalah amar ma'ruf dan nahi munkar. Sekiranya kita tidak mampu mengatur majlis negatif, maka kita tidak perlu mengaturkannya. Apalagi menggunakan wang Baitul Mal sehingga menyebabkan orang ramai lalai terhadap Allah.
"Setiap imam solat Jumaat merasa sensitif dengan masalah kebudayaan, topik kita ialah berkenaan dengan pengaturan pemimpin, topik kepimpinan menguatkan negara. Berasaskan perkara ini kita pecaya bahawa mereka yang berusaha untuk bekhidmat kepada masyarakat perlu dibela. Namun bukanlah bermaksud meninggalkan amar maruf dan nahi munkar. Para pegawai kerajaan sendiri berkali-kali menyatakan bahawa mereka terbuka untuk mendengar kritikan-kritikan. Sekiranya mengkritik, ini bukan sebuah pertikaian atau penderhakaan", tegas beliau.
Ayatullah Khatami melanjutkan khutbah dengan menceritakan masalah pentadbiran dan berkata, "Dalam beberapa hari ini terdapat masalah-masalah yang telah diajukan. Saya ingin menerangkannya dengan jelas, para pegawai berkata kita tidak dapat membentangkan jalan untuk rakyat secara paksaan. Terdapat tiga makna tentang perkara ini yang mana kita percaya bahawa ianya betul.
"Ajaran kita mempunyai logik dan argumen, ianya bukanlah sebuah pukulan, kita harus menunjukkan jalan yang benar dan menjelaskan jalan yang salah. Sirah Nabi Muhammad (s.a.w) juga seperti ini. Nabi tidak utus orangnya untuk memaksa sesebuah kabilah supaya mereka masuk Islam, Nabi mengutuskan mubaligh dan guru Qur'an. Kata-kata seperti ini mempunyai asas dan benar. Namun sekiranya kita ingin kata-kata ini mempunyai makna sehingga kita membiarkan masyarakat bebas melakukan kerja mereka tanpa menghiraukan masalah akhlak, politik, ekonomi, batas-batas yang diperintahkan Allah dilanggar oleh mereka, tidak ada amar ma'ruf dan nahi munkar, maka kita menyatakannya dengan terus terang bahawa tidak ada sesiapapun dalam kerajaan Islam yang dapat mengiyakannya, dan ianya tidak dapat dikaitkan dengan tanggung jawab mana-mana agensi kerajaan.
"Sekiranya maksudnya ialah kita tidak mempunyai tanggung jawab mendorong masyarakat ke arah syurga, maka ianya juga tidak benar. Risalah kerajaan beragama ialah menghamparkan jalan untuk masyarakat menuju ke syurga. Inilah tanggung jawab mereka. Bagaimana mungkin para pegawai mentadbir dalam lapangan ekonomi misalannya dalam satu masa ia mengatakan seseorang itu perlu mengimport barangan atau tidak. Inilah namanya membentangkan jalan untuk syurga keduniaan bagi masyarakat, sedangkan menurut tolok ukur ini kita mengatakan kerajaan mempunyai tanggung jawab untuk memberi pedoman masyarakat ke syurga. Ini adalah salah satu perspektif bagi analisis sebuah pertikaian," terang beliau.
Dalam bahagian lain khutbah Jumaat, beliau berkata tentang hijab, "Masalah hijab merupakan masalah masyarakat hari ini, dan ia amat berkaitan dengan seluruh umat yang beragama".
Beliau menerangkan hijab merupakan salah satu hukum Islam yang jelas dan lebih dari 10 ayat al-Qur'an menyentuh tentang hijab sementara puluhan hadis menyebut tentangnya. Menurut beliau lagi kemestian berhijab merupakan salah satu kewajipan agama seperti solat dan puasa, "Hari ini ada yang meletakkan masalah hijab dalam hukum furu', ketika negara bukan Islam cuba memperlecehkan umat Islam mereka berkata hijab diharamkan. Misalannya di Perancis, mereka mengatakan bahawa perempuan berhijab akan didenda".
Sambil menerangkan hukum hijab bukanlah dari hukum kecil, beliau bahawa ianya menzahirkan maruah Islam dan Syiah.
"Kita akan menerangkannya dalam dua perspektif hijab menurut rekod sejarah, sejarah hijab yang pertama ialah hijab yang dibicarakan al-Qur'an dan hadis. Seterusnya hijab Fathimah az-Zahra dan Zainab.
"Pemakaian hijab yang tidak sopan juga mempunyai rekod sejarah dalam negara ini. Rekod pertama ialah berkenaan dengan Qudrat'ain Bahayi, dan kedua ialah Rezakhan Khuldur...Saya yakin, wanita Syiah dan kaum muslimin sudah tentu cenderung kepada Fathimah (a.s) dan Zainab (a.s)... Kita sudah berkali-kali menyatakan semua kejahatan seperti hijab yang tidak sopan atau tidak berhijab dengan kegiatan kebudayaan merupakan perkara yang penting dan kedua-duanya perlu ditangani secara serentak. Dalam kanun Republik Islam Iran telah tertulis hukum mengenai hijab secara menyeluruh yang mana ianya telah diluluskan oleh Majlis Syura Tertinggi Revolusi Kebudayaan pada tahun 1386. Undang-undang ini meliputi 300 fasal dan 25 agensi kerajaan dipertanggungjawabkan untuk perlaksanaannya. Untuk melaksanakan perluasan pemakaian hijab, tidak ada jalan yang lain lagi melainkan dengan undang-undang ini," terang beliau.