21 Jun 2014 - 17:26
Bapa sebak anak muncul dalam video pengganas

Nasser Muthana dari Cardiff muncul dalam klip video pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bapa kepada seorang anak lelaki British yang menyertai perang di Syria berkata, beliau hampir menangis selepas anaknya muncul dalam video latihan pengganas.

Ahmed Muthana mengenalpasti lelaki dalam video 13 mint berjudul "Tiada hidup tanpa jihad" sebagai anak lelakinya, Nasser Muthana yang berusa 20 tahun, dari Cardiff.

Bercakap kepada BBC Wales, Ahmed Muthana berkata, beliau menjadi sebak ketika melihat kepada video itu dan ingin bertanya, "Kenapa kamu melakukannya?".

"Apakah dia akan membunuh?", tanya beliau lagi "Dia tidak memikirkan kanak-kanak, wanita dan orang tua. Ada dalang yang menorong anak muda ini melakukannya."

Nasser yang menerima empat tawaran berlajar di universiti dalam bidang perubatan telah muncul dalam sebuah video di Youtube dengan memakai serban putih dan menggelarkan dirinya Abu Muthanna al-Yemen sambil diapit oleh lima lelaki lain. Tiga dari lelaki di samping beliau dipercayai warganegara British.

Bapa beliau menyelar dalang yang mempengaruhi anaknya ke dalam konflik itu dan berkata, mereka hanya mengirim anak-anak orang lain ke dalam medan perang (bukan anak sendiri).

Beliau turut menududuh mereka tidak hanya melakukan masalah di dalam masyarakat Islam, malah di seluruh United Kingdom.

Pihak polis British sebelum ini cuba menghapuskan video tersebut yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Kumpulan militan yang terkenal dengan keganasan ini sedang berjuang menentang rejim Bashar al-Assad dan menakluki Mosul, kota kedua terbesar di Iraq.

Badan perisikan British percaya ISIL telah merekrut kira-kira 400 hingga 500 warga Britain.

Ahmed Muthanna berkata kepada BBC, beliau bimbang terhadap anaknya yang mungkin akan kembali dalam keranda.

Beliau mejelaskan bahawa anaknya itu telah meninggalkan rumah pada bulan November untuk belajar di Leicester atau Shrewsbury.

"Saya mendapat panggilan telefon bahawa dia ada di Turki, itu sahaja," katanya.

"Saya tidak fikir itu Nasser yang bercakap, ada orang lain yang mengajarnya bercakap seperti itu kerana kelakuan Nasser sudah 100 peratus berbeza," katanya.

Kerajaan British pada hari Khamis lalu mengistiharkan pengharaman kumpulan yang melakukan krisis keamanan di Utara Iraq dan menyenaraikannya sebaris bersama-sama empat organisasi pengganas yang berkaitan dengan konflik Syria.

Undang-undang British mengharamkan sebarang kegiatan mempromosikan sokongan untuk ISIL dan empat kumpulan yang diharamkan tersebut termasuk memakai pakaian atau membawa cenderamata di khalayak ramai yang menunjukkan sokongan terhadap mereka.

Perdana Menteri David Cameron menyatakan kebimbangan terhadap warga British yang menyertai pertempuran di Iraq dan Syria sehingga boleh menggugat keamanan negaranya ketika mereka pulang dari medan perang.

Pihak polis telah membuat 65 tangkapan individu yang berkaitan dengan konflik di Syria sejak Januari 2013 sementara 14 passport telah dirampas sehingga bulan Mac tahun ini.