Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi anti rejim di Sanabis, pinggir kota Manama, lapor Presstv.
Sementara itu bantahan yang sama juga turut diadakan di Kampung Samaheej yang terletak di Utara pulau Muharraq.
Sejak pertengahan Februari 2011, beribu-ribu penunjuk perasaan pro demokrasi telah mengadakan banyak demonstrasi di jalan-jalan Bahrain untuk menuntut pembaharuan politik di negara teluk itu.
Pada 14 Mac 2011, tentera Arab Saudi dan UAE telah menceroboh negara tersebut untuk membantu kerajaan Al Khalifah membubarkan demonstrasi aman.
Menurut sumber tempatan, beberapa orang terbunuh dan ratusan yang lain cedera.
Pakar hak asasi manusia berkata, doktor dan jururawat juga telah ditahan, diseksa dan hilang tanpa jejak kerana memiliki bukti kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa, dan polis anti rusuhan ke atas penunjuk perasaan anti kerajaan.
21 Jun 2014 - 19:07
News ID: 617871
Demontrasi anti kerajaan terus berlangsung sejak pertengahan Februari 2011