6 Julai 2014 - 08:05
Abu Bakar Baghdadi akhirnya muncul di Mosul

Abu Bakar al-Baghdadi muncul dalam video buat pertama kalinya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin pengganas IS (Negara Islam) Abu Bakar al-Baghdadi buat kali pertama muncul dalam klip video di Mosul dengan ucapan yang menggesa umat Islam menyokongnya.

Video sepanjang 20 minit ini telah disebarkan melalui sebuah laman sesawang yang berkaitan dengan IS dan telah dikongsi dalam beberapa laman sosial.

Salah seorang pegawai Iraq mengesahkan lelaki berjambang dan berpakaian serba hitam itu adalah Abu Bakar al-Baghdadi.

Berasaskan rakaman video yang dilakukan, ucapan itu terjadi dalam solat Jumaat di Kota Mosul.  Di akhir video solat Jumaat di dalam masjid itu telah dipimpin oleh Abu Bakar al-Baghdadi. Sementara itu beberapa wajah dalam video ini sengaja dikaburkan.

Mosul adalah antara kota terbesar di Utara Iraq yang sekarang ini berada dalam cengkaman pengganas IS. Pihak berkuasa bersama-sama relawan rakyat sedang berusaha membebaskan kota tersebut.