18 Julai 2014 - 09:36
Janji Hamas, Israel akan terima padah

Hamas yakin Israel akan menerima padah kerana menyerang Gaza

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hamas bersumpah bahawa Israel akan membayar harga yang mahal atas serangan darat secara besar-besaran yang dilakukannya sejak malam tadi terhadap semenanjung Gaza selepas sepuluh hari serangan yang menyebabkan 240 rakyat Palestin terkorban.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataannya berkata, "Tentera Israel mula melakukan serangan darat ke atas Gaza yang bakal mengundang akibat bahaya yang mana harganya tidak dapat dihitung lagi sedangkan Hamas sudah siap sedia untuk konfrontasi."

Tambah beliau lagi, "Kerajaan perampas perlu perbaiki spiritual tenteranya dan pemimpin tenteranya sudah kecundang akibat serangan pejuang yang masih berterusan."

Menurut pengumuman pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, rejim Zionis mengarahkan tenteranya melakukan serangan darat ke atas semenanjung Gaza malam tadi.

Kenyataan itu menyebut, "Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan mengerahkan tentera pada malam Khamis untuk memulakan serangan darat dan menyusuri semenanjung Gaza bagi memusnahkan terowong pejuang."

Berasaskan sumber keselamatan Israel, serangan tersebut bertujuan memusnahkan frasarana Hamas.