3 Ogos 2014 - 13:02
8 Syawal peristiwa paling pahit dalam sejarah Islam

Ayatullah Alawi Gorgani ucap takziah sempena peristiwa lapan Syawal

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Sayid Muhammad Ali Alawi mengucapkan takziah sempena peristiwa berdarah pemusnahan permakaman para imam Ahlul Bait (a.s) di Baqi pada 8 Syawal 1345 Hijrah.

Teks ucapan beliau adalah seperti berikut:

Bismihi Ta'ala

Tanggal 8 Syawal mengingatkan peristiwa paling pahit dan paling menyakitkan hati di dunia Islam. Ia merupakan sebuah peristiwa yang melukakan kalbu Imam Sahibuz Zaman (a.j.f), seluruh umat Islam dan pencinta Ahlul Bait (a.s). Pemusnahan itu dilakukan oleh Wahabi dan haram para imam di Baqi' telah diratakan. Oleh kerana itu, kami mengucapkan takziah atas peristiwa ini kepada Mahdi putera Fathimah (a.s), para marja', pemimpin tertinggi revolusi dan penyokong wilayah para Imam al-Athar (a.s).

Wassalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh
6 Syawal, 1435 Hijrah.