4 Ogos 2014 - 01:53

Pengganas ISIS guna klip video untuk menarik perhatian golongan muda

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Sham) dikesan mengunakan propaganda jihad dan pengorbanan untuk menarik perhatian golongan muda Eropah bagi menyertai gerakan mereka.

Antara propagandanya ialah memanipulasikan audio visual dalam internet dengan memaparkan aksi pembunuhan, kem latihan militan dan kursus menggunakan senjata api.

Salah satu klip terbaru yang beredar dalam internet memaparkan ikon muda anggota ISIS bernama Shaker Wahib al-Fahdawi dengan babak berbeza selaku militan. Dia yang lahir pada tahun 1986, tidak sempat menghabiskan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Maklumat di Univeristi al-Anbar kerana bergabung dalam kumpulan al-Qaeda dan pernah ditangkap oleh tentera Amerika pada tahun 2006 atas tuduhan pengganas.

Dengan memakai gelaran Komando Abu Wahib dan Singa Padang Pasir, al-Fahdawi sentiasa berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Seolah-olah meniru watak pelakon Hollywood, klip video ini memaparkan al-Fahdawi dalam berbagai babak dan pakaian berbeza.

Al-Fahdawi telah dipenjarakan sehingga tahun 2009 di Penjara Bucca, Selatan Iraq sehingga dipindahkan ke penjara pusat Tikrit. Pada tahun 2012 dia berjaya melarikan diri bersama 110 orang banduan dalam serangan pengganas al-Qaeda di wilayah tersebut.

Pada 25 Ogos 2013, sepotong klip video jenayah kejam kumpulan pengganas dikepalainya tersebar di laman Youtube yang memparkan aksi pembunuhan tiga orang pemandu trak di tangannya walaupun mangsa-mangsa bunuh tersebut merayu agar dibebaskan dengan mereka hanya bekerja mencari rezeki dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

Dalam klip ini al-Fahdawi menyoal tentang mazhab yang dianuti ketiga-tiga pemandu tersebut, bilangan rakaat solat subuh dan apakah mereka mampu mengumandangkan azan. Meskipun begitu al-Fahdawi bertindak membunuh ketiga-tiga korban tersebut dan membakar trak mereka.