Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan muncul dalam tiga saluran televisyen Lubnan dalam rangka memberi ucapan tentang pergolakan di Timur Tengah, semalam.
Sayid Hasan Nasrullah di awal ucapannya menyentuh tentang masalah askar Lubnan yang diculik pengganas dan berkata, "Malangnya masalah ini telah banyak disalahgunakan dalam arena politik. Kami turut berdukacita dengan keluarga syuhada yang terkorban di tangan pengganas baru-baru ini, termasuklah yang masih dalam tahanan mereka."
Tambah beliau lagi, "Penculikan askar Lubnan merupakan isu nasional, pada mulanya kita semua perlu berusaha untuk membebaskan anak-anak Lubnan. Malangnya beberapa pihak telah menjadikannya sebagai isu puak dan mazhab demi kepentingan mereka sendiri. Terdapat dua perkara yang perlu kami jelaskan, iaitu semua orang hendaklah berdiri bersama-sama kerajaan. Kedua Hizbullah tidak menentang rundingan, bahkan rundingan hanyalah berkenaan dengan kuasa sahaja."
"Rundingan merupakan suatu perkara lemah yang akan berakhir dengan malapetaka. Tidak ada dalam dunia yang menekan sebuah kerajaan dan berkata saya menerima rundingan untuk membebaskan seseorang, tidak ada begini," tegas beliau.
Mengenai serangan bom baru-baru ini di Lubnan yang mengorban dan mencederakan beberapa individu, Sayid Nasrullah berkata, "Setelah serangan bom, kami telah berkata, sekarang kami katakan lagi, janganlah berikan reaksi terhadap kes ini dengan bertindak ke atas para pelarian Syria. Tujuan penyembelihan askar Lubnan dan pengeboman ialah mencetuskan perbalahan mazhab dan kaum di Lubnan, janganlah kita terikut-ikut. Penculikan warga Syria bagi menangani kes askar yang diculik merupakan satu kesilapan, bukan sekadar tidak memberi faedah, bahkan menyeret peperangan ke dalam Lubnan. Kita perlu menanggung kesabaran sehingga keganasan tidak diundang ke dalam Lubnan."
Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dalam bahagian kedua ucapannya menumpukan perhatian tentang masalah pakatan anti ISIS yang dikepalai Amerika dan berkata, "Pendirian kami dalam menghadapi ISIS sudah sedia maklum, dan secara praktikalnya juga Hizbullah telah pun menunjukkan pendiriannya apabila bertempur dengan kumpulan ini. Kami adalah musuh ISIS, dan terus memeranginya, kami telah mempersembahkan jiwa-jiwa yang terkorban, namun masalah pakatan memerangi ISIS yang dikepalai Amerika merupakan kes yang berasingan, dan ianya perlu diragui."
Tambah beliau lagi, "Pendirian kami terhadap pakatan dan penyertaan Lubnan hendaklah merujuk kepada rekod Amerika, sudah tentu kami menentangnya. Kami optimis dan sejak awal lagi kami menentang sebarang campurtangan ketenteraan di Syria. Sekarang campurtangan ini bertujuan untuk menyerang ISIS atau berniat untuk melangsungkan operasi memerangi kerajaan Syria, kami secara dasarnya menolak.
"Kami mempunyai dalil untuk menolak perkara ini:
Pertama, menurut hemat kami Amerika adalah ibu bagi segala keganasan.
Kedua, Amerika menyokong rejim Zionis sepenuhnya, sedangkan rejim ini merupakan dalang utama keganasan serantau. Kerajaan Amerika inilah yang berdiri di sisi Netanyahu dan ratusan wanita serta kanak-kanak Palestin telah dibunuh.
Ketiga, Washington sendiri yang mewujudkan kumpulan pelampau Takfiri dan secara asasnya ia mempunyai perancangan.
Keempat, dari segi moral, Amerika tidak mempunyai kelayakan dalam pakatan seperti ini. Beberapa kali mereka telah menegaskan alasannya ialah menjaga kepentingan Amerika. Namun untuk apa kepentingan Amerika bagi kami? Kenapa pula Lubnan perlu bangkit melindungi kepentingan Amerika? Lebih-lebih lagi kepentingan Amerika amat bertentangan dengan kepentingan para penduduk serantau. Oleh itu kami berhak untuk menentang penyertaan dalam pakatan tersebut.
Keenam, Iraq, Syria, Lubnan dan seluruh penduduk rantau ini hendaklah menyimpan curiga terhadap niat Amerika menyeret pakatan ini serta mengepalainya. Kemungkinan tujuan Amerika melakukannya untuk menguasai rantau ini. Atau ia ingin merealisasikan tuntutan-tuntutan tenteranya di Iraq yang sebelum ini belum mereka laksanakan ke atas rakyat negara ini dalam format itu. Dalam peperangan 33 hari dengan Lubnan mereka berusaha menekan kami dengan senarai tuntutan. Namun kami berjaya merealisasikan kemenangan dengan pengorbanan. Sekarang kami berhak untuk mencurigai mereka."
Hasan Nasrullah dalam bahagian ketiga ucapan menceritakan masalah lain di negara-negara serantau dan berkata, "Masalah pelarian Syria dan kehadiran sejumlah besar daripada mereka di Lubnan hendaklah diselesaikan dengan bantuan antarabangsa. Mengenai keselamatan juga, boleh dikatakan bahawa di Lubnan kita mampu membela seluruh kawasan negara dalam menghadapi pengganas. Kerja ini perlu direalisasikan oleh seluruh rakyat Lubnan."
Beliau juga menyentuh isu Gaza baru-baru ini dengan menyatakan, "Kita perlu ucapkan tahniah kepada pejuang Palestin atas kemenangan gilang gemilang dalam menghadapi Zionis. Mereka menang dan mampu mereliasasikan apa saja yang diperjuangkannya.
Berkenaan dengan Yaman, beliau berkata, "Saya ucapkan tahniah kepada rakyat negara ini atas rundingan yang termeterai, dan kami menyokong persetujuan yang dicapai. Kami percaya di masa depan menjadi milik penduduk Yaman. Melihat kepada ucapan pemimpin negara ini, harapan di masa depan kelihatan lebih cerah."
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap penduduk Bahran dengan berkata, "Kami menghargai ketabahan dan usaha penduduk Bahrain bagi menraih kehidupan yang lebih sejahtera dan kami harap usaha ini membuahkan hasil."
Diakhir ucapan beliau menyatakan, "Di Lubnan, Iraq, Syria, Yaman dan berbagai negara lain, kita merupakan sebuah bangsa dan harapan kita ialah semua orang dapat memiliki cita-cita dan tuntutan dengan usaha pemimpinnya. Dengan keupayaan daya fikir segala ancaman akan bertukar menjadi peluang berharga. Sekarang terdapat ancaman serius di rantau ini yang dapat dijadikan sebagai peluang berharga."
24 September 2014 - 18:13
News ID: 639989
Hizbullah tentang campurtangan Amerika di Syria.