16 Oktober 2014 - 09:46
Pengarah Kanan Kementerian Tenaga diberkas

Seorang dalang yang merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan pengganas ISIS telah diberkas.

Kuala Lumpur, Okt 16 - Seorang pegawai kanan Penolong Pengarah Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, diberkas oleh pihak berkuasa selepas disyaki merekrut rakyat Malaysia bagi bergabung dengan kumpulan pengganas negara Islam (IS) dan menerima dana untuk membiayai kegiatan-kegiatannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid turut mendedahkan dana itu juga digunakan untuk membiayai seorang lelaki berusia 37 tahun ke Syria.

Ketua Polis Negara menegaskan, lebih ramai dalang yang melatih pengganas untuk bergabung dengan IS akan ditangkap tidak lama lagi.

"Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami (polis) sentiasa memberi perhatian dalam kes ini dan akan menghentikan kegiatan mereka," katanya.

Pada hari Isnin lalu pihak polis berjaya menahan 14 orang suspek pengganas termasuk tiga dalangnya.

Pengganas paling muda yang dibekas ialah ramaja berusia 14 tahun.