17 Oktober 2014 - 03:26
Anggota ISIS telah diusir keluar dari Kobani

Panglima perang militan Kurdistan mendakwa pengganas ISIS telah diusir dari sebahagian besar kota Kobani dan berharap pembebasan mutlak akan dicapai tidak lama lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang panglima militan Kurdistan yang mempertahankan kota Kobani, Ain al-Arab, Syria melaporkan kejayaan pihaknya mengusir pengganas ISIS dari seluruh kota Kobani melainkan dua kawasan di Homa Timur.

Baharin Qandil, salah seorang panglima militan Kurdistan di Timur Kobani manambah, "Serangan udara pakatan (anti ISIS) di beberapa kedudukan ISIS menyebabkan pengunduran pasukan Takfiri."

Panglima perang kaum Kurd ini menyatakan harapan agar kota Kobani akan bebas dari ancaman ISIS secepat mungkin.

Qandil berkata lagi, sejak akhir-akhir ini pasukan pertahanan Khalk di Kobani telah mendapat bantuan senjata, logistik dan tenaga. Namun beliau tidak menyatakan dari mana datangnya sumber tersebut.

Semalam Komandan Pusat Tentera Amerika mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat Amerika telah menyerang 18 kedudukan pengganas ISIS di beberapa bahagian kota Kobani manakala lima kedudukan lagi di Iraq.

Tentera Amerika memaklumkan dalam serangan ini sebilangan kubu yang berjumlah hampir 16 bangunan yang menjadi sarang pengganas telah musnah.

Sejak bermulanya serangan pengganas Takfiri ke atas kota penduduk Kurdistan Kobani sejak satu bulan lalu, ratusan penduduk kota ini terkorban manakala sejumlah besar daripada mereka telah menjadi pelarian.