24 Oktober 2014 - 20:05
Amerika berniat hancurkan frasarana Syria

Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat minggu ini menceritakan niat sebenar pakatan 50 negara anti ISIS ialah menghancurkan fasiliti Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Movahhedi dalam khutbah Jumaat minggu ini mengucapkan takziah atas kematian Ayatullah Mahdavi Kani dengan menyifatkan pemergian beliau sebagai bahang yang sentiasa menjadi musibah di dalam kalbu. Beliau berkata, "Siapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang rekod cemerlang Ayatullah Mahdavi Kani, rujuklah dalam pesanan takziah Rahbar (Ayatullah Sayid Ali Khamenei). Pesanan ini merupakan pesanan yang lengkap dan menyeluruh."

Mengulas tentang perjuangan Ayatullah Mahdavi Kani yang diseksa dan dipenjarakan, beliau berkata, "Ayatullah Mahdavi Kani pernah menganggotai Majlis Syura Revolusi dan menjadi wakil Imam Khomeini dalam Jawatankuasa Penyelesaian Ikhtilaf Pegawai Kerajaan. Beliau juga pernah berada dalam kabinet Syahid Raja'i."

Menyentuh tentang jawatan yang pernah disandang Ayatullah Mahdavi Kani, beliau berkata tidak ada orang lain yang mampu mengatur tanggung jawabnya, "Mengetuai Univeristi Imam Ja'far al-Sodiq tidaklah sedikit masalahnya. Ayatullah Mahdavi Kani merasakan para pemuda hendaklah dididik yang mana al-Hamdulillah, ianya amat baik dan berkesan."

"Salah satu daripada tanggung jawab paling penting beliau ialah menjadi Setiausaha Agung Jame'e Rouhaniyat Mobarez Tehran. Pertubuhan ini merupakan bahu Imam Khomeini yang kuat di zaman perjuangan. Parti Jomhouri Eslami dan Jame'e Rouhaniyat Mobarez mempunyai peranan berkesan dalam kemenangan revolusi.

"Jame'e Rouhaniyat Mobarez terbentuk daripada perwakilan Tehran yang mana setiap wilayah Tehran akan memilih seorang wakil. Individu ini akan menjadi anggota Syura Pusat dan melaksanakan kegiatannya. Kedua-dua pertubuhan mempunyai hak yang besar ke atas masyarakat dan mempunyai peranan berkesan dalam kemenangan revolusi yang mana Setiausaha Agung Jame'e Rouhaniyat Mobareze disandang oleh Ayatullah Mahdavi Kani," jelas beliau.

Khatib Jumaat ini menyentuh tentang pertemuan antara elit muda dan berkata, "Pemimpin revolusi dalam pertemuan ini menegaskan tentang betapa pentingnya ilmu, kemajuan yang berkaitan dengan kekurangan sumber bawah tanah, minyak dan harapan masih tergantung pada tenaga elit serta golongan muda."

Mengenai hukuman mati Sheikh Nimr, beliau menegaskan, "Kerajaan Saudi dikecam kerana menjatuhkan hukuman mati ke atas Ayatullah Nimr, kami memberi amaran kepada Arab Saudi, ingatlah pada ucapan Sheikh Ahmad Karimah, pensyarah Universiti al-Azhar bahawa sepertiga masyarakat Arab Saudi adalah Syiah, dan hukuman mati ke atas ulama pejuang Syiah ini adalah harga yang cukup besar."

Sambil merujuk pada ulangtahun peristiwa "Capitulation" di zaman Shah Iran, Ayatullah Kermani berkata, "Semua orang tahu makna Capitulation, iaitu sebarang jenayah yang dilakukan Amerika di Iran tidak dapat diambil tindakan oleh sesiapapun. Imam Khomeini di zaman itu berkata mereka sedang menjual Iran."

Mengenai isu Syria, beliau berkata, "Telah sampai berita bahawa terdapat 100 orang anggota ISIS yang mana dua orang daripada mereka adalah komandan pasukan, setelah beberapa hari dikepung oleh askar Iraq, akhirnya mereka menyerah diri dan menjadi tawanan askar Iraq."

Ayatullah Movahhedi Kermani mengulas, "Jelas sekali bahawa apa matlamat Amerika dalam pakatan ini. Sekiranya benar ISIS menjadi bahaya kepada Amerika dan Barat, sudah tentu mereka akan mengecamnya tepat pada waktunya. Seluruh matlamat Amerika ialah menjaga kepentingannya di rantau ini dan menghancurkan sumber-sumber asli Syria."

"Akhirnya terbongkar jua apabila seorang anggota ISIS yang ditahan berkata bahawa ahli merek diberi ubat tertentu agar melaksanakan pengeboman bunuh diri akibat kesannya. Ubat ini menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir."

Berkenaan dengan pakatan 50 negara memerangi ISIS, beliau berkata, "Tujuan pakatan ini ialah menghancurkan fasiliti Syria yang dapat dilaksanakan sebaiknya dengan cara ini."