1 Disember 2014 - 03:55
Tingkatkan tahap informasi ilmu agama wanita

Pusat Islam anjur persidangan dua hari bagi meningkatkan tahap informasi agama wanita Hamburg

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pusat Islam Hamburg Jerman berjaya menganjurkan festival persaudaraan remaja dan wanita dengan berbagai program bagi meningkatkan tahap informasi ilmu agama di kalangan perempuan kawasan terbabit.

Dalam persidangan dua hari ini, para perwakilan dari berbagai daerah seperti Flensburg, Bremen dan lain-lain lagi turut diundang. Program-program yang dianjurkan memberi fokus kepada tiga paksi utama iaitu ilmu, makrifat dan olahraga.

Program bermula dengan solat berjemaah, deklamasi prosa dalam bahasa Jerman dan Parsi yang diiringi muzik.

Setelah pengumuman jadual program, pengacara menjemput Hujjatul Islam Wal Muslimin Turabi untuk memberikan ucapan berjudul perkahwinan yang diterjemahkan ke bahasa Jerman.

Dr. Turabi berargumen dengan beberapa ayat suci al-Qur'an dalam analisa kaedah menjadi isteri ideal.

Program menjadi meriah dengan waktu tambahan berikutan para peserta mengajukan banyak pertanyaan.

Selain itu, para peserta juga mengikuti sesi pertandingan "Kitab Terbaik Pilihan Saya" dengan memberikan pandangan masing-masing tentang beberapa buku terpilih seperti Kedudukan Wanita Dalam Islam, Adab Solat Imam Khomeini, Farmasi Spiritual, Pendidikan Islam dan Sahifah Sajjadiyah.

Program juga dimeriahkan dengan pertandingan memasak di mana 7 peserta terpilih sebagai pemenang.

...............