Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sekurang-kurangnya 50 pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) terbunuh dalam pertempuran sepanjang 24 jam lalu. Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan rekod tersebut merupakan salah satu jumlah terbesar statistik kematian pengganas sejak ISIS melancarkan serangan ke atas kota srategik yang terletak di sempadan Turki itu.
Sementara itu pakatan yang dikepalai Amerika melancarkan 30 serangan udara terhadap kedudukan ISIS di Utara Raqqa, Syria.
Serangan tersebut meliputi kubu terkuat ISIS termasuk pengkalan tentera Syria divisyen 17 yang ditawan pengganas pada bulan Julai lalu.
Dalam masa yang sama, 11 pejuang Kurdis termasuk seorang pemberontak yang bergabung dengan puak tersebut terbunuh di Kobane.
ISIS terlalu berharap dapat menawan kota tersebut manakala puak Kurd bermati-matian mempertahankan kawasannya dengan bantuan gerila Pishmerge Kurdistan dan pakatan yang dikepalai Amerika.
Jurubicara gerila Pishmerge di Iraq melaporkan kejayaan pihaknya menawan lima kampung yang terletak di sekitar Gweir dan Makhmour, 45 kilometer ke Selatan Erbil dari cengkaman ISIS.
Sementara itu pertempuran sengit terus berlangsung di antara kumpulan pengganas dan askar kerajaan di Aleppo, bandar kedua terbesar dan kawasan industri janakuasa.
Dalam kejadian berasingan, seorang wanita Syria bersama tiga anak lelakinya terbunuh dalam serangan roket buatan sendiri yang dilancarkan pemberontak sepanjang malam kelmarin.
Pemerhati British berkata, pemberontak menggunakan peledak dari tabung gas yang boleh menyebabkan kemusnahan lebih besar dari mortar.
Wilayah Aleppo terbahagi kepada dua setelah pemberontak mengambil alih kawasan Timurnya dari tangan kerajaan pada pertengahan 2012.
Sejak akhir tahun 2013, tentera udara menggurkan pakej bom ke atas kedudukan pemberontak yang disusuli serangan balas sehingga menyebabkan kematian penduduk awam.
1 Disember 2014 - 04:13
News ID: 655171
Pengganas ISIS menerima kekalahan yang berat apabila 50 anggotanya terbunuh dalam petempuran dengan pejuang Kurdistan.