4 Disember 2014 - 11:17
Khemah khidmat kepada penziarah didirikan

Penduduk Iraq bersiap sedia untuk berbakti kepada tetamu Imam Husain (a.s) dengan menyediakan jamuan makan dan minuman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Tidak ada lagi tempat untuk memasang khemah di sepanjang jalan menuju ke Karbala, itulah kemeriahan yang bakal menyambut penjalan kaki di kalangan para penziarah dengan sajian makanan dan minuman secara percuma dalam ziarah Arba'in tahun ini.

Khemah khidmat penziarah kali ini dipasang lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Apa yang dapat disaksikan ialah jumlah khemah meningkat secara mendadak di berbagai wilayah.

Penduduk kota Karbala pula dengan hati yang tulus ikhlas membuka pintu rumah masing-masing bagi menerima kunjungan para penziarah bertamu di rumah mereka.

Semangat cinta terhadap Ahlul Bait (a.s) tidak membuatkan mereka rasa kerugian mengeluarkan biaya bagi berbakti kepada tetamu-tetamu Imam Husain (a.s).

Sementara itu setiap khemah yang didirikan untuk berkhidmat kepada penziarah perlu mendapat keizinan daripada pihak majlis bandaran.

Karbala dijangka menerima lebih 18 juta pengunjung dari seluruh pelusuk dunia tahun ini.

...............