Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Syarikat-syarikat perkhidmatan di hospital-hospital Gaza melancarkan mogok setelah letih menunggu bayaran bekalan-bekalan logistik yang tertunggak selama 5 bulan lalu.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan syarikat-syarikat perkhidmatan dan kebersihan melancarkan mogok tanpa had dan menghentikan seluruh pakej perkhidmatannya sehingga ke tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Al-Shifa merupakan salah satu hospital yang terkena tempias mogok tersebut dan gambar-gambar berikut menunjukkan betapa dhaifnya persekitaran kompleknya yang tidak terurus.
Hospital ini pernah melayan ratusan mangsa yang cedera dalam peperangan 55 hari antara Hamas dan Zionis. Namun sikap pemerintah autoriti Palestin yang tidak memperdulikan masalah tersebut, keadaan hospital ini semakin parah tanpa penjagaan rapi.




