24 Disember 2014 - 12:13
Ibu rayu ISIS pulangkan anaknya

Seorang ibu mendapati anaknya telah berada di Syria melalui laman sosial.

http://www.abna.ir/cache/image/2014/12/24/c6a7fc99948f6ce8601698064c3a91c1.jpg

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang wanita meminta anaknya, Ismail yang berusia 3 tahun yang berada di tengah-tengah konflik perang di Syria dipulangkan ke pangkuannya. Lidia Herrera tidak lagi melihat Ismail sejak setahun lalu setelah kembali dari menziarahi keluarganya di Cuba. Ketika beliau pulang ke rumahnya di Belluno, Italy kedua-dua suami dan anaknya telah hilang.

Setahun kemudian Lidia menemui gambar anaknya disebarkan oleh akaun yang berkaitan dengan ISIS di dalam internet, di mana salah satunya kelihatan Ismail membawa AK-47.

"Saya tidak berhenti berfikir mengenainya, apakah dia sejuk, lapar, atau dia memerlukan saya," katanya dalam salah satu rancangan televisyen.

"Saya merayu kepada mereka ini agar memberikan peluang untuk saya bercakap dengannya dan melihat gambarnya," tambah Herrera. "Tanpanya saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan."

Suaminya Ismar Mesinov dipercayai terbunuh dalam pertempuran di Aleppo pada bulan September lalu. Hererra memberitahu La Repubblica bahawa beliau tidak terfikir bahawa suami seorang pengganas.

"Saya masih ingat bahawa dia benar-benar kecewa dengan pembunuhan beramai-ramai di Syria," kata Herrera lagi, "Dia sentiasa menonton laporan TV tentang perang."

Herrera memberitahu akhbar Corrire Della Sera, beliautelah menerima pesanan ringkas daripada warga Bosnia bernama Mesinovic bahawa anaknya itu sihat.

La Repubblica melaporkan polis anti pengganas dan perisikan masih menyiasat perkara tersebut.

Dalam wawancara bersama II Gionale, Herrera mengulangi rayuan supaya anaknya dikembalikan: "Saya mahu dia kembali dalam pelukan saya. Dengan nama Allah, kembalikan anak saya."


Mereka mendakwa kononnya merekalah orang beriman yang sejati, namun mereka melakukan sesuatu yang salah," kata Herrera.

"Memisahkan anak dari ibunya adalah satu kesalahan.

"Saya harap mereka melihat jauh ke dalam lubuk hati dan berfikir tentang saya, seorang ibu yang terdesak mencari anaknya. Sekiranya benar suami saya inginkan mereka membesarkannya, saya adalah ibunya dan saya sayangkan Ismail selaku mana-mana ibu di dalam dunia ini," tutur beliau.