
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Syria, Bashar Assad bertindak menyertai tenteranya yang tekun memerangi pengganas di medan perang sempena tahun baru 2015, malam tadi.
Sambil menyaksikan prajurit-prajuritnya memerangi pengganas Takfiri di wilayah Jobar dari jarak dekat, beliau turut mengadakan pertemuan dan dialog bersama para pegawainya untuk membincangkan strategi peperangan terkini.
Kata beliau kepada panglima-panglima perangnya, "Andainya kegembiraan di Syria dapat diwujudkan pada hari ini, itu semua disebabkan kemenangan anda semua dalam kempen memerangi pengganas."
Tambah beliau lagi, "Sambutan tahun baru merupakan harapan dan kehendak setiap insan. Namun hari ini harapan dan kehendak paling besar ialah kemenangan pasukan bersenjata Syria dan semua orang bersama-sama menyertai perang anti terrorisme."
"Dalam upacara sambutan tahun baru, seluruh anggota keluarga duduk bersama-sama, namun kamu semua berada di medan perang demi mempertahankan rakyat, kamu meminggirkan nikmat kebersamaan dengan keluarga.
"Bangsa Syria amat menyayangi kamu dan berbangga. Sebaliknya kami memperolehi motivasi yang tinggi dan semangat kepahlawanan daripada anda semua.
"Sampaikan salam saya kepada prajurit-prajurit yang berada di barisan medan perang Jobar, termasuk mereka yang mengangkat senjata demi mempertahankan seluruh tanah Syria dari pencerobohan," tutur beliau.




























...............