1 Januari 2015 - 13:55
Majlis Keselamatan restu Israel jajah Palestin

Majlis Keselamatan tidak sepakat dalam usulan mengakiri penjajahan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Majlis Keselamatan PBB yang melangsungkan persidangan untuk meneliti draf resolusi Palestin berakhir dengan menolak usulan bagi menamatkan penjajahan terhadap negara di Tebing Barat tersebut.

Dari 15 negara anggota Majlis Keselamatan, 8 negara menyokong cadangan tersebut, 2 negara (Amerika dan Australia) menolak manakala 5 yang lain berkecuali.

Meskipun 8 undi termasuk dari China, Perancis dan Russia telah diperolehi, namun untuk meluluskan cadangan tersebut memerlukan sekurang-kurangnya 9 undi.

Sebelum memberikan undi, wakil England ke PBB, Mark Lyall Grant berkata, "Masalah berkenaan dengan pembangunan akan mengambil masa yang lama, sedangkan terdapat wacana baru mengenai pelarian. Oleh itu kita akan menghadapi masalah seperti ini."

Meskipun begitu, keanggotaan negara yang menentang seperti Australia dan berkecuali seperti Korea Selatan serta Rwanda berakhir hari ini.

Wakil Jordan yang merupakan satu-satunya dari negara Arab berkata, "Ada individu yang cuba memperpanjangkan masa untuk konsultasi perkara ini."

Sementara itu usulan mengenai autonomi Palestin yang pernah dibentangkan suatu ketika dahulu, termasuk beberapa masalah asasi Palestin tidak mendapat perhatian dan kelulusan dalam persidangan.

Hakikatnya persidangan ini dilihat hanya memberi peluang kepada rejim Zionis untuk meneruskan penjajahannya ke atas bumi Palestin termasuk melancarkan jenayah-jenayah kemanusiaan.

Penganalisa politik berpendapat, pihak Barat dan pertubuhan antarabangsa akan terus menutup pintu hati untuk membincangkan masalah Palestin sedangkan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada hanyalah perpaduan seluruh bangsa Arab dan melestarikan perjuangan di bumi al-Quds dalam menentang rejim Zionis.

...............