Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.ir) - Kumpulan pengganas Jayshul Islam semalam melancarkan serangan mortar ke atas kota Damsyik sebagai tindakan membalas dendam terhadap siri serangan askar kerajaan.
Serangan pagi Khamis itu dilaporkan dalam berita terkini televisyen al-Mayadin dengan tajuk "Puluhan mortar gegarkan beberapa kawasan di kota Damsyik".
Ketua militan Jayshul Islam, Zahran Alawidh mengumumkan dalam status Twitter bahawa serangan bertujuan membalas dendam terhadap kemaraan askar kerajaan di Timur Syria sehingga menyebabkan kumpulannya terpaksa berundur.
Sementara itu, televisyen al-Hadath melaporkan kira-kira 50 mortar pengganas telah menghujani berbagai kawasan di ibukota Syria.
Hingga kini 2 orang dilaporkan terbunuh manakala 10 yang lain cedera.
Beberapa minggu lalu, Jaishul Islam dilaporkan membalas dendam dengan menghujani Damsyik dengan mortar sehingga puluhan orang awam terbunuh.








...............