5 April 2015 - 01:17
Iran dan 5+1 sepakat selesaikan krisis nuklear

Setelah bertahun-tahun lamanya menjalani proses rundingan, Iran dan komuniti rundingan 5+1 mula mencapai kesepakatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Rundingan antara Iran dan komuniti 5+1 akhirnya mencapai kata sepakat setelah sekian lama menjalankan rundingan mengenai penyelesaian krisis nuklear yang membawa kepada sekatan ekonomi terhadap Republik Islam itu.

Berasaskan laporan ini, kedua-dua pihak mencapai kesefahaman umum dalam beberapa isu dominan. Hingga kini belum ada perincian kesefahaman tersebut yang didedahkan kepada umum manakala jawatankuasa yang mewakili Iran dijangka akan kembali ke meja rundingan dalam masa dua minggu ini untuk membentangkan laporan kesepakatan tersebut.

Republik Islam Iran dan komuniti 5+1 yang terdiri dari China, Russia, Perancis, Amerika, England dan Jerman tampil di meja rundingan pada 24 November 2013 untuk menjalani proses lama rundingan rumit dan panjang dalam dimensi teknikal, hak asasi dan politik dengan mengemukakan langkah-langkah lazim demi mencapai program menyeluruh yang disepakati bersama di Lausanne, Switzerland.

Walau bagaimanapun jalan-jalan penyelesaian ini tidak menyentuh aspek hak-hak asasi walaupun pedoman kesefahaman sistematik dan program bertulis menyeluruh akan diajukan pihak rundingan manakala penyusunan program bersama berasaskan kesepakatan akan bermula tak lama lagi.