Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Beberapa rakyat Palestin cedera setelah bertempur dengan tentera Israel dalam satu serbuan di perkampungan Beita dan Burin di Selatan daerah Nablus, Utara Tebing Barat.
Agensi Berita Maan memetik sumber hospital berkata, sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin cedera di perkampungan Beita, Selatan kota Nablus apabila penceroboh Israel melepaskan bom pemedih mata dan peluru getah ke arah mereka.
Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Beberapa penduduk telah dilaporkan ditangkap pencerboh Israel dalam pertempuran tersebut dan diserahkan kepada pasukan keselamatan autonomi Palestin kemudian di Nablus.
Laporan media tempatan menyebut pertempuran berlangsung selama dua jam. Pasukan Bulan Sabit Merah tiba di perkampungan tersebut dan memberikan rawatan segera kepada mereka yang cedera yang dikenal pasti sebagai Shahd Assous, Hala Assous, Alaa Assous, Bilal Dakheel Eid dan Mohammad Raja Eid.
Tentera Israel sudah berulang kali dikritik kerana menggunakan kekerasan melampau serta mendatangkan kematian atau kecederaan penunjuk perasaan.
7 Ogos 2016 - 14:41
News ID: 770603
Tiga orang dilaporkan cedera setelah tentera Israel menggempur penunjuk perasaan di perkampungan Beita, Tebing Barat.