(Agensi Berita Ahlul Bait) - Ayatullah Syed Ali Khamenei telah menyampaikan penghormatan beliau kepada para syuhada yang gugur di sepanjang perang Iran-Iraq (1980-1988) yang juga dikenali sebagai perang Pertahanan Suci di negara tersebut dalam rangka menghidupkan kenangan terhadap mereka di dalam masyarakat dunia dan Iran secara khusus. Beliau mengeluarkan mesej tersebut pada pagi Khamis semalam bersempenaan dengan sambutan minggu Pertahanan Suci yang dianjurkan setiap tahun di Republik Islam Iran sebagai usaha untuk memperingati pengorbanan tentera dan pejuang yang turut serta di dalam perang tersebut.
"Segala puji kepada Allah yang maha penyayang dan yang pada zaman kita ini telah menyingkapkan konsep kesyahidan yang luhur (buat pahlawan kita) dan dalam masa yang sama menarik jiwa (mereka) yang berkobar-kobar untuk mengimani serta menerima konsep tersebut. Pada ketika ini, sumber cahaya yang terang-benderang ini (para syuhada) telahpun memenuhi dan menerangi ruang kehidupan kita dengan kerohanian yang luhur. Setiap hati yang berwawasan serta mata yang melihat pasti akan mendapat rahmat daripada kewujudan mereka ini, sekaligus menjadi bekalan maknawi mereka di dalam gerakan menuju ke arah ketamadunan Islam yang moden," petikan daripada mesej Syed Ali Khamenei.
Syuhada memberikan kita bekalan jiwa mereka di dalam gerakan menuju ke arah tamadun Islam yang moden
Pesan Syed Ali Khamenei Bersempenaan Minggu Pertahanan Suci
23 September 2016 - 05:00
News ID: 780861
Ayatullah Syed Ali Khamenei telah menyampaikan penghormatan beliau kepada para syuhada yang gugur di sepanjang perang Iran-Iraq (1980-1988) yang juga dikenali sebagai perang Pertahanan Suci di negara tersebut dalam rangka menghidupkan kenangan terhadap mereka di dalam masyarakat dunia dan Iran secara khusus