27 September 2016 - 02:04
Amerika Syarikat Perlu Memohon Maaf Secara Terbuka Kerana Membunuh Tentera Syria: Penasihat Assad

Seorang penasihat tertinggi kepada Presiden Syria Bashar al-Assad berkata Amerika Syarikat secara rasmi perlu memohon maaf kerana telah membunuh berpuluh-puluh tentera Syria dalam serangan udara yang berlaku di Dair al-Zaur.

Penasihat politik dan media Presiden Syria Bashar al-Assad, Bouthaina Shaaban (Gambar oleh AFP) 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penasihat tertinggi kepada Presiden Syria Bashar al-Assad berkata Amerika Syarikat secara rasmi perlu memohon maaf kerana telah membunuh berpuluh-puluh tentera Syria dalam serangan udara yang berlaku di Dair al-Zaur. 


Penasihat media dan politik Assad, Bouthaina Shaaban menyatakan perkara itu pada hari Isnin dalam sebuah temu bual dengan rangkaian TV al-Mayadeen yang berpangkalan di Lubnan.

Beliau berkata bahawa Washington telah menyampaikan permohonan maaf kepada Syria tetapi tidak dalam cara dan saluran yang rasmi.

Rentetan daripada insiden tersebut, seorang pegawai pentadbiran A.S berkata bahawa Amerika Syarikat telah "kami menyatakan penyesalan kami melalui Russia" di atas kematian tentera Syria yang menentang kumpulan pengganas Daesh Takfiri.

"Kami mahu permohonan maaf dilakukan secara terbuka dan kami mahu isu ini tidak akan berulang lagi," katanya, sambil menambah bahawa "banyak nyawa telah hilang."

Pada 17 September, serangan tentera pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr telah mengorbankan kira-kira 80 tentera Syria dan mencederakan beratus-ratus yang lain.