Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki Muslim di arahkan keluar dari pesawat Southwest Airlines kerana mengucapkan kalimah "insya allah" di dalam pesawat tersebut.
Khairuldeen Makhzoomi yang berusia 26 tahun telah di arahkan meninggalkan pesawat Southwest Airlines di lapangan terbang antarabangsa Los Angeles setelah salah seorang daripada penumpang terdengar beliau mengucapkan kalimah "insya allah" di dalam sebuah perbualan telefon. Beliau yang merupakan lulusan universiti Berkeley dilaporkan berbual melalui telefon bimbitnya dengan menggunakan bahasa Arab. Lapor The independent pada Khamis lepas.
Sejurus setelah duduk di kerusi, Makhzoomi menelefon pakciknya di Baghdad untuk memberitahunya tentang kegembiraan yang beliau rasakan kerana dapat bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Kim Moon. Pertemuan singkat beliau dengan pemimpin dunia itu berlaku sehari sebelum insiden tersebut dilaporkan.
Makhzoomi mengucapkan kalimah "insya allah" sebelum menamatkan perbualan telefon tersebut. Beliau kemudiannya menyedari bahawa seorang penumpang wanita memandang ke arahnya sambil menafsirkan bahawa tindakan itu dibuat kerana wanita itu merasa jengkel dengan nada percakapan beliau yang kuat.
Akan tetapi sangkaan beliau merosot kerana selang dua minit selepas itu seorang lelaki datang dengan beberapa orang pegawai polis yang mengarahkannya untuk meninggalkan pesawat tersebut.
Seorang agen kemudiannya menemaninya keluar sebelum menanyakan kepada beliau kenapa beliau memilih untuk bercakap di dalam bahasa Arab di dalam "suasana politik semasa" yang jelas sensitif terhadap agama Islam.
Makhzoomi menambah bahawa selepas itu mereka membawa beberapa ekor anjing untuk menghidu bagasi beliau sebelum tubuhnya diperiksa dan beg duitnya dirampas.
"A.S adalah bumi kebebasan. Masyarakat menghormati undang-undang. Bagaimana seseorang boleh dimalukan sebegini? Ia amat mengejutkan," kata beliau kepada The Independent.
"Saya hidup di bawah pemerintahan Saddam dan saya tahu apa itu diskriminasi," tambah beliau.
Syarikat penerbangan itu tidak mengizinkan beliau untuk menaiki pesawat yang menuju ke Oakland itu semula. Perkara itu memaksa beliau untuk membeli tiket syarikat Delta untuk menuju ke destinasi tersebut.
Jurucakap syarikat penerbangan itu pula memberitahu The Independent bahawa beliau disiasat kerana telah membuat komen yang berbentuk ancaman.
"Inilah yang telah dibawa oleh islamofobia kepada negara ini," kata Makhzoomi.
Seorang lelaki Muslim diarahkan untuk meninggalkan pesawat kerana kalimah "insya allah"
Kalimah Insya Allah Sebabkan Penumpang Pesawat Southwest Airlines Diarahkan Tinggalkan Pesawat.
7 Oktober 2016 - 06:23
News ID: 783932
Seorang lelaki Muslim di arahkan keluar dari pesawat Southwest Airlines kerana mengucapkan kalimah "insya allah" di dalam pesawat tersebut.