Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Jepun telah menyuarakan bantahan mereka kepada Korea Utara di atas percubaan negara 'pertapa' itu dalam melancarkan ujian peluru barpandu baru-baru ini.
Pada awal hari ini, Pusat Arahan Sentral A.S (Centcom) telah mengesan sebuah pelancaran peluru berpandu di Pyongyang pada hari Rabu lalu. Pelancaran itu bagaimanapun dilaporkan telah menemui kegagalan.
"Kami tidak mengesan sebarang objek yang terbang ke arah Jepun. Tiada sebarang kejadian yang mengancam keselamatan Jepun dilaporkan berlaku," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga pada hari Khamis.
Suga juga menambah dengan mengatakan bahawa Tokyo telah menyuarakan sebuah protes yang terang kepada Korea Utara melalui saluran diplomatik mereka di Beijing.
Korea Utara telah menerima kritikan yang meluas daripada masyarakat dunia berikutan ujian-ujian kepala peledak peluru berpandu nuklear miliknya yang menimbulkan kegusaran negara serantau.
Laporan terkini yang dibuat oleh Centcom datang selepas laporan terdahulu oleh badan yang sama tentang percubaan sebelumnya pada minggu lepas.
Pada September lepas, Pyongyang telah meletupkan sebuah kepala peledak nuklear yang merupakan letupan terbesar yang pernah direkodkan oleh negara itu.
Pada Januari lepas juga, rejim Pyongyang juga telah meletupkan sebuah bom hidrogen.
Laporan tentang ujian terbaru Korea Utara yang dibuat oleh Centcom datang selepas laporan terdahulu oleh badan yang sama tentang
Jepun Protes Ujian Peluru Berpandu Korea Utara.
20 Oktober 2016 - 07:09
News ID: 786674
Kerajaan Jepun telah menyuarakan bantahan mereka kepada Korea Utara di atas percubaan negara 'pertapa' itu dalam melancarkan ujian peluru barpandu baru-baru ini.