Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon presiden A.S daripada parti Republikan, Donald Trump telah mencabar keabsahan demokrasi Amerika Syarikat dengan berkata bahawa beliau tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 November itu jikalau terdapat bukti bahawa pilihan raya itu telah dicemari oleh penipuan.
"Saya akan melihat perkara itu ketika tiba waktunya. Saya sedang melihat kepada semua perkara sekarang," kata Trump pada Rabu lepas di bandar Las Vegas yang terletak di Nevada ketika sesi debat presiden sedang berlangsung.
"Media massa telah berlaku tidak jujur dan bersifat sangat korup dan selebihnya sangat menakjubkan, New York Times menulis sebuah artikel tentangnya. Mereka tidak lagi peduli, perkara ini sangat jauh daripada kejujuran, mereka telah meracuni pemikiran para pengundi. Akan tetapi malang sekali buat mereka kerana para pengundi mampu melihat perkara ini dengan baik," tambah beliau.
Media massa bersifat tidak jujur: Trump.
Trump Mungkin Tolak Keputusan Pilihan Raya Presiden Jika Terbukti Ada Unsur Penipuan.
20 Oktober 2016 - 07:50
News ID: 786679
Calon presiden A.S daripada parti Republikan, Donald Trump telah mencabar keabsahan demokrasi Amerika Syarikat dengan berkata bahawa beliau tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 November itu jikalau terdapat bukti bahawa pilihan raya itu telah dicemari oleh penipuan.