Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina berkata beliau tidak lagi mahu melihat tentera asing di negaranya sambil menambah bahawa A.S sepatutnya melupakan tentang perjanjian pertahanan dengan Manila.
Duterte memberitahu para wartawan di sebuah lapangan terbang di Manila sebelum berangkat ke Jepun bahawa jika beliau kekal lebih lama sebagai presiden maka beliau tidak akan menandatangani Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan (EDCA) dengan Amerika Syarikat.
Di dalam menangkis apa yang dianngap sebagai peluasan kekuatan dan pengaruh Cina di di Laut Cina Selatan, Filipina dan dan A.S telah menandatangani EDCA pada tahun 2014 sekaligus membolehkan tentera A.S menggunakan lima buah pangkalan tentera di Filipina.
Pada bulan lepas, Presiden Duterte berjanji bahawa beliau akan menilai semula perjanjian tersebut sambil memanggil A.S untuk mengundurkan tentera khasnya dari selatan Filipina.
Pada hari Selasa, beliau berkata bahawa beliau menentang kehadiran tentera asing di Filipina. Beliau juga berkata bahawa A.S patut berhenti melayan negaranya seperti 'anjing yang diikat lehernya'.
Beliau juga berkata bahawa A.S patut berhenti melayan negaranya seperti 'anjing yang diikat lehernya'.
Lupakan Sahaja Perjanjian Pertahanan: Presiden Filipina Kepada A.S.
25 Oktober 2016 - 13:04
News ID: 787734
Presiden Filipina berkata beliau tidak lagi mahu melihat tentera asing di negaranya sambil menambah bahawa A.S sepatutnya melupakan tentang perjanjian pertahanan dengan Manila.