Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan seorang remaja berusia 16 tahun di Hamburg, Jerman.
Menurut laporan Der Spiegel Online, kejadian itu berlaku pada 16 Oktober lepas apabila seorang lelaki menyerang dua orang remaja. Lelaki itu dilaporkan menolak seorang gadis yang berusia 15 tahun ke dalam sungai sebelum menikam budak lelaki tersebut. Remaja lelaki itu kemudiannya meninggal dunia di hospital.
Pembunuh itu setakat ini gagal dikesan oleh polis. Pembunuh itu dilaporkan berusia dalam lingkungan 23-25 tahun, berambut hitam serta pendek dan memiliki janggut yang tipis.
Menurut Der Spiegel Online, adalah mustahil untuk mengesahkan bahawa dakwaan Daesh adalah benar. Ini kerana kumpulan itu biasanya mendakwa bertanggungjawab ke atas mana-mana insiden dalam masa dua hari selepas serangan.
Pembunuh itu setakat ini gagal dikesan oleh polis.
Daesh Dakwa Bertanggungjawab Ke Atas Pembunuhan Remaja Di Jerman.
30 Oktober 2016 - 18:17
News ID: 788804
Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan seorang remaja berusia 16 tahun di Hamburg, Jerman.