Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa kegagalan kuasa barat dalam memberi tekanan kepada kumpulan-kumpulan pemberontak di Syria untuk memisahkan diri mereka daripada kumpulan pengganas al-Nusra akan menjadikan mereka 'rakan sejenayah' kumpulan tersebut.
"Tiada siapa yang boleh menutup mata lagi (terhadap hakikat yang ada di Aleppo) memandangkan bukan sahaja Steffan de Mistura (wakil khas PBB ke Syria) bahkan media barat juga kini mengesahkan bahawa mereka yang menyerang posisi tentera kerajaan di bahagian selatan-barat Aleppo adalah daripada kumpulan Jabhat al-Nusra (yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria)," kata Lavrov dalam sebuah sesi taklimat kepada media di Moscow pada hari Isnin.
"Kami menyeru kepada rakan-rakan antarabangsa kami kerana anda mempunyai pengaruh ke atas kumpulan-kumpulan pemberontak ini untuk meminta mereka supaya memisahkan diri dan kumpulan mereka daripada kumpulan pengganas al-Nusra. Jika ini tidak dilaksanakan, maka mereka (secara automatik) meletakkan diri mereka sebagai rakan sejenayah al-Nusra," katanya lagi.
Pada hari Ahad lalu, de Mistura berkata bahawa beliau terkejut dengan jumlah serangan roket yang dilancarkan secara sewenang-wenangnya oleh kumpulan pemberontak sekaligus membunuh ramai orang awam di Aleppo.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil tetap Rusia ke PBB, puluhan orang awam di barat Aleppo termasuk kanak-kanak terbunuh manakala ratusan yang lain pula mengalami kecederaan akibat serangan berterusan dan sembarangan oleh kumpulan pemberontak di bandar itu.
Pemberontak di Syria bersubahat dengan al-Nusra.
Barat Adalah Rakan Subahat Pengganas Jika Gagal Pisahkan Pemberontak Daripada al-Nusra: Lavrov.
31 Oktober 2016 - 17:52
News ID: 788997
Menteri luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa kegagalan kuasa barat dalam memberi tekanan kepada kumpulan-kumpulan pemberontak di Syria untuk memisahkan diri mereka daripada kumpulan pengganas al-Nusra akan menjadikan mereka 'rakan sejenayah' kumpulan tersebut.