Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengerusi Jawatankuasa Urusan Antarabangsa bagi Dewan Tinggi Parlimen Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev pada hari Sabtu mengatakan bahawa para pakar keselamatan siber perlu bersiap sedia dalam menghadapi ancaman dari Amerika Syarikat.
Komen tersebut dibuat setelah saluran NBC mengeluarkan sebuah laporan yang mendakwa bahawa unit penggodam tentera A.S telah menembusi sistem grid elektrik, rangkaian telekomunikasi dan juga sistem komputer Kremlin sendiri sekaligus menjadikan kesemua itu terdedah kepada serangan senjata siber A.S.
"Para pakar kita yang menjaga keselamatan negara harus berwaspada memandangkan (tindakan) A.S kini semakin sukar diramal," kata beliau.
"Tidak syak lagi bahawa pentadbiran A.S dan jentera perisikan mereka adalah dalang di sebalik pendedahan ini sekaligus 'mengesahkan' ugutan yang pernah dibuat oleh Timbalan Presiden A.S, Joie Biden sebelum ini," tambah Kosachev.
Kosachev juga mengaitkan ancaman serangan siber tersebut dengan kemuncak kempen pilihanraya presiden A.S.
Ahli parlimen itu berkata bahawa skandal yang terbongkar tiga hari sebelum pilihan raya presiden pada November 8 ini kelihatan seperti satu cubaan terdesak pihak tertentu untuk mengalih perhatian orang ramai daripada isu-isu dalaman Amerika Syarikat sendiri.
Pentadbiran A.S Dan Jentera Perisikannya Di Sebalik Pendedahan Ancaman Serangan Siber Ke Atas Rusia.
5 November 2016 - 16:19
News ID: 789985
Pengerusi Jawatankuasa Urusan Antarabangsa bagi Dewan Tinggi Parlimen Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev pada hari Sabtu mengatakan bahawa para pakar keselamatan siber perlu bersiap sedia dalam menghadapi ancaman dari Amerika Syarikat.