Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Dmitry Medvedev mengatakan bahawa negaranya bersedia bekerjasama dengan mana-mana calon presiden A.S yang berjaya menduduki kerusi Rumah Putih kelak.
Beliau menolak keras dakwaan yang mengatakan bahawa Moscow cuba untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya tersebut.
Beliau berkata bahawa rakyat A.S sendirilah yang akan menentukan hala tuju mereka sendiri. "A.S adalah sebuah negara yang besar, kuat dan juga merupakan pemain penting (politik antarabangsa). Tiada negara yang mampu untuk mempengaruhi keputusan ini," tambah Medvedev.
Perdana Menteri Rusia itu juga merujuk kepada kenyataan Presiden Rusia yang sebelum ini menjawab soalan yang hampir sama dengan berkata bahawa A.S bukanlah sebuah 'republik pisang'.
Dmitry Medvedev juga mengatakan bahawa Moscow sentiasa bersedia untuk membina hubungan yang normal dan menguntungkan dengan mana-mana Presiden A.S. "Kami berminat dengan perkara ini," kata beliau.
Dmitry Medvedev juga enggan menetapkan sebarang ciri-ciri yang perlu ada pada Presiden A.S.
Rusia Bersedia Bekerjasama Gengan Mana-mana Calon Presiden A.S Yang Berjaya Menduduki Kerusi Rumah Putih Kelak: Medvedev.
7 November 2016 - 16:11
News ID: 790430
Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Dmitry Medvedev mengatakan bahawa negaranya bersedia bekerjasama dengan mana-mana calon presiden A.S yang berjaya menduduki kerusi Rumah Putih kelak.