Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, sebuah kapal selam Belanda dilaporkan cuba menghampiri armada yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat Rusia, Admiral Kuznetsov di lautan Mediterranean dalam rangka mengintip aktiviti kapal-kapal laut tentera Rusia.
Kapal-kapal anti-kapal selam armada itu kemudiannya diarahkan untuk mengusir kapal milik Belanda itu daripada mendekati dan melakukan kerja-kerja pengintipan.
Walaupun kapal Belanda itu berusaha untuk mengelakkan daripada dikesan, kapal-kapal Rusia berjaya mengesannya dari jarak 20 kilometer. Pihak tentera Rusia juga mengekalkan pantauan mereka ke atas kapal itu selama sejam sebelum berjaya mengusir kapal itu keluar dari kawasan yang berhampiran armada itu.
Rusia menganggap tindakan cemerkap kapal selam Belanda itu sebagai berbahaya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.
9 November 2016 - 20:38
News ID: 790959
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, sebuah kapal selam Belanda dilaporkan cuba menghampiri armada yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat Rusia, Admiral Kuznetsov di lautan Mediterranean dalam rangka mengintip aktiviti kapal-kapal laut tentera Rusia.