Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang mengizinkan pendakwa khas untuk meyiasat skandal penyalahgunaan kuasa yang menghantui Presiden Park Geun-hye.
Rang undang-undang tersebut diluluskan setelah 196 orang ahli parlimen mengundi menyokongnya. Rang undang-undang itu diusulkan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik pada hari Khamis di hadapan dewan yang terdiri daripada 300 orang ahli itu.
Presiden Korea Selatan itu dituduh membenarkan rakan beliau, Choi untuk memanipulasi kuasa politik di belakang tabir.
Choi yang dilaporkan tidak menjawat sebarang jawatan di dalam kerajaan Park kini menghadapi pertuduhan menggunakan persahabatan beliau dengan presiden negara itu untuk memperolehi keuntungan peribadi dengan memeras wang daripada syarikat-syarikat besar.
Dakwaan itu telah menggugat pentadbiran Park sekaligus menyebabkan pelbagai pihak memanggil Park untuk meletakkan jawatan. Pihak-pihak tersebut juga menekankan bahawa kegagalan Park untuk memenuhi tuntutan mereka akan meletakkan beliau berhadapan dengan risiko pemecatan.
17 November 2016 - 18:06
News ID: 792602
Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang mengizinkan pendakwa khas untuk meyiasat skandal penyalahgunaan kuasa yang menghantui Presiden Park Geun-hye.