18 November 2016 - 17:38
Kebebasan Bersuara Di Turki Agak Teruk: Pelapor PBB.

Seorang pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam isu hak asasi manusia telah mengkritik kerajaan Turki kerana tindakan keras Ankara ke atas para penentang mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam isu hak asasi manusia telah mengkritik kerajaan Turki kerana tindakan keras Ankara ke atas para penentang mereka.

"Kesimpulannya, saya boleh katakan bahawa situasi adalah agak teruk dan (perkara ini) menggambarkan apa yang saya tanggapi sebagai sekatan ke atas kebebasan berpendapat dan bersuara di seluruh negara," kata David Kaye yang merupakan pelapor khas PBB di dalam isu berkaitan kebebasan berpendapat dan bersuara.

Kaye yang bercakap di Ankara selepas lawatan seminggu beliau berkata bahawa pihaknya memahami bahawa Ankara perlu mengambil langkah-langkah yang perlu di dalam menangani ancaman ke atas keselamatan negara tersebut. Akan tetapi, beliau berkata perkara itu tidak membenarkan Ankara untuk mengambil tindakan sembarangan ke atas pihak yang menentangnya.

"Ini tidak bermakna kerajaan mempunyai 'cek kosong' untuk membuat apa yang mereka mahukan," kata beliau lagi.