Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata bahawa Syria akan menjadi Libya yang kedua jikalau Assad tewas di dalam konflik negara itu.
Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan sebuah penerbitan Perancis, French Catholique.
Aoun sebelum ini berikrar untuk mengambil dan mengamalkan polisi luar yang bersifat 'bebas dan bersepadu' ketika beliau dilantik sebagai presiden di dalam pengundian Parlimen pada 31 Oktober lepas. Pemilihan beliau menamatkan kebuntuan politik yang melanda negara itu selama beberapa tahun.
Semasa temu ramah itu, Aoun juga menekankan tentang pembaikpulihan institusi-institusi negara sambil berkata bahawa satu-satunya solusi di dalam usaha untuk terus meleraikan kebuntuan politik yang melanda negara ini adalah dengan penganjuran pilihan raya parlimen yang dijangkakan akan berlangsung pada tahun hadapan.
Aoun juga mengulangi seruan beliau sebelum ini yang memanggil pihak terbabit untuk menukar undang-undang pilihan raya sedia ada yang berasaskan sistem majoriti kepada sistem yang lebih sesuai.
21 November 2016 - 06:13
News ID: 793205
Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata bahawa Syria akan menjadi Libya yang kedua jikalau Assad tewas di dalam konflik negara itu.