22 November 2016 - 13:21
TPP Tidak Bermakna Tanpa A.S: Shinzo Abe.

Jepun berkata bahawa Kerjasama Trans-Pasifik tidak bermakna apa-apa tanpa Amerika Syarikat. Kenyataan itu dibuat selepas Donald Trump berkata bahawa beliau akan memansuhkan kerjasama tersebut pada hari pertama beliau memasuki Rumah Putih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jepun berkata bahawa Kerjasama Trans-Pasifik tidak bermakna apa-apa tanpa Amerika Syarikat. Kenyataan itu dibuat selepas Donald Trump berkata bahawa beliau akan memansuhkan kerjasama tersebut pada hari pertama beliau memasuki Rumah Putih.

Kemenangan Trump telah menyebabkan prospek kerjasama itu kelihatan malap sekaligus menjadikan perkara itu sebagai isu utama sepanjang persidangan APEC di Lima, Peru pada minggu lepas.

Sebahagian peserta sidang tersebut dilaporkan berkata bahawa mereka akan cuba mengubah perjanjian tersebut dalam rangka menjadikan kerjasama itu lebih mudah diterima Trump atau sekurang-kurangnya dapat dilaksanakan tanpa penyertaan A.S.

Akan tetapi, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pada Isnin lalu bahawa tiada perbincangan dibuat di sepanjang persidangan itu untuk meneruskan kerjasama itu tanpa A.S.

"TPP tidak bermakna apa-apa tanpa A.S," kata Abe di hadapan wartawan di Buenos Aires.

Abe juga berkata bahawa perjanjian itu tidak boleh dibahaskan semula memandangkan perkara itu akan merosakkan keseimbangan manfaat di kalangan negara-negara ahli.

Perdana Menteri Jepun itu sebelum ini menjadi ketua negara pertama yang mengadakan pertemuan dua muka dengan Trump sejak kemenangan beliau ke atas Hillary di dalam pilihan raya presiden A.S 2016.

Trump sebelum ini berkata bahawa beliau akan melupuskan kerjasama tersebut sebaik sahaja memasuki Rumah Putih. Beliau dijangka akan mula mengepalai Rumah Putih pada Januari tahun hadapan.