24 November 2016 - 16:39
A.S Bakal Kehilangan Pengaruh Di Asia Pasifik: Penganalisis.

Menurut seorang penganalisis, keputusan bakal Presiden A.S yang baru, Donald Trump untuk mengeluarkan negara tersebut daripada perjanjian perdagangan bebas Kerja Sama Trans-Pasifik (TPP) dijangka akan membolehkan China untuk menyebarkan pengaruhnya di Asia Pasifik dengan mengundang penyertaan pelbagai negara ke dalam pakatan tajaan Beijing sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut seorang penganalisis, keputusan bakal Presiden A.S yang baru, Donald Trump untuk mengeluarkan negara tersebut daripada perjanjian perdagangan bebas Kerja Sama Trans-Pasifik (TPP) dijangka akan membolehkan China untuk menyebarkan pengaruhnya di Asia Pasifik dengan mengundang penyertaan pelbagai negara ke dalam pakatan tajaan Beijing sendiri.

Pada Isnin lepas, Donald Trump berkata di dalam sebuah klip video yang dimuat naik ke laman YouTube bahawa beliau akan menarik diri daripada perjanjian bebas TPP dan memfokuskan kepada perjanjian perdagangan dua hala yang lebih 'adil' dalam upaya mengembalikan pekerjaan kepada rakyat Amerika.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin China, Xi Jinping di Lima semasa Persidangan APEC menunjukkan bahawa China akan menarik negara jirannya di Asia untuk menyertai projek perdagangan bebas miliknya yang mungkin akan meluputkan pengaruh A.S di rantau itu," kata Patrick Leblond, seorang Profesor di Fakulti Awam dan Hubungan Antarabangsa Universiti Ottawa.

TPP menurut Leblond mempunyai kepentingan strategik yang akan membawa negara-negara Asia yang merupakan ahlinya ke arah Washington sekaligus menjadi mereka lebih jauh daripada Beijing.

"Harapan bahawa China pada akhirnya akan menyertai TPP secara terpaksa di bawah syarat yang diletakkan oleh A.S akan berubah ke arah yang berbeza di mana China akan meneruskan dan mengepalai perjanjian perdagangan bebas Asia Pasifik (FTA) sekaligus memaksa A.S untuk menerima syarat-syarat Beijing berasaskan jangkaan bahawa A.S akan menyertainya," terang Leblond.