27 November 2016 - 17:03
Tentera Syria Bantu Penduduk Awam Tinggalkan Timur Aleppo Yang Dikuasai Pengganas.

Tentera kerajaan Syria berjaya membantu 1500 orang awam meninggalkan kawasan timur bandar Aleppo yang masih dikuasai oleh kumpuan militan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera kerajaan Syria berjaya membantu 1500 orang awam meninggalkan kawasan timur bandar Aleppo yang masih dikuasai oleh kumpuan militan.

"Para anggota tentera berjaya membuka jalan untuk 1500 orang dari kawasan timur Aleppo," kata seorang pemimpin tentera Syria kepada agensi berita SANA.

Pegawai itu juga menambah bahawa para pelarian telah ditempatkan di sebuah pusat sementara di mana mereka diberikan segala bentuk kemudahan yang diperlukan di sana.

Pada awal hari Ahad, sebuah sumber di dalam kerajaan Aleppo turut memberitahu agensi berita tersebut bahawa beberapa buah keluarga sebelum ini telah berjaya melarikan diri dari kawasan timur Aleppo dengan mengambil peluang daripada kejayaan tentera kerajaan yang baru-baru ini membebaskan kawasan kejiranan Masaken Hanano daripada cengkaman pengganas.

Situasi di timur Aleppo pada waktu sekarang sangat meruncing dengan ribuan penduduk awam dikatakan teperangkap di kawasan yang dikuasai pengganas tanpa bekalan makanan dan air. Para pengganas juga dilaporkan menghalang mereka meninggalkan kawasan tersebut sambil menjadikan mereka perisai manusia.