Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin di dalam sebuah perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Turki telah mengesahkan bahawa tentera Rusia tiada kena-mengena dengan serangan udara ke atas tentera Turki pada 24 November lalu di Syria. Perbualan tersebut dilaporkan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Isnin.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata bahawa tiada jet pejuang Rusia yang beroperasi di kawasan tersebut pada hari di mana tentera Turki diserang. Peristiwa itu berlaku di daerah Al-Bab, Syria.
Sebuah pesawat tempur sebelum ini telah menyerang kedudukan tentera Turki yang menceroboh wilayah Syria pada 24 November lalu. Seramai 3 orang tentera Turki dilaporkan terbunuh manakala sepuluh lagi mengalami kecederaan berikutan serangan tersebut. Laporan awal menunjukkan serangan itu dilancarkan oleh tentera Syria yang beroperasi di wilyah mereka sendiri.
28 November 2016 - 20:47
News ID: 794908
Presiden Rusia, Vladimir Putin di dalam sebuah perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Turki telah mengesahkan bahawa Rusia tiada kena-mengena dengan serangan udara ke atas tentera Turki pada 24 November lalu.