Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa Rusia telah mengusulkan pembinaan laluan kemanusiaan ke arah kawasan yang dikuasai oleh militan di timur Aleppo dalam rangka membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan tersebut. Laluan itu juga akan memberikan peluang kepada mereka yang ingin meninggalkan kawasan tersebut untuk berbuat demikian.
"Persekutuan Rusia telah mengumumkan bahawa... mereka mahu duduk bersama kami dan berbincang bagaimana caranya kami boleh menggunakan laluan ini untuk memindahkan orang awam dari kawasan itu," kata Jan Egeland, penasihat PBB berkaitan isu kemanusiaan, di Geneva pada hari Khamis semalam.
Sehingga hari Rabu lepas, seramai 18000 penduduk awam telah memasuki kawasan yang dikuasai pihak kerajaan di Aleppo. Sementara itu 8500 orang pula dilaporkan memasuki daerah Sheikh Masood yang kini dikawal oleh pihak Kurdis dibandar yang sama.
Egeland juga memberi amaran bahawa badan antarabangsa tersebut setakat ini hanya mampu memasuki kawasan yang dikuasai pihak kerajaan dan Kurdis sahaja. Akan tetapi mereka masih tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk awam yang terperangkap di dalam kawasan yang masih dikuasai kunpulan militan.
Wakil Khas PBB berkaitan isu Syria, Staffan de Mistura pula memanggil kumpulan pengganas Jabhat Fateh al-Sham untuk meninggalkan Aleppo dalam usaha menyelamatkan lebih banyak nyawa sekaligus memperkukuhkan argumen untuk gencatan senjata yang baru.
2 Disember 2016 - 15:18
News ID: 795564
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa Rusia telah mengusulkan pembinaan laluan kemanusiaan ke arah kawasan yang dikuasai oleh militan di timur Aleppo dalam rangka membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan tersebut.